Yang disayangi

Thursday, March 31, 2011

contest kM : HEADER SIMPLE TAPI MENARIK



aku xditag sesiapa pon tapi dengan perasan excited nyee!! aku nak join gak !

header yang aku pertaruhkan ni bukanlah aku yang buat...

tapi si RAJI baik hati tolong buatkan...>_<

ada 2 header...nak tengok lagi buka sini

::amNi diAry::


tag 5 orang ?

miss shark 
syuhada
waniamera 
wafiy
dan blogger yang membace entry ni ! anda ditag ! hoho


nak join klik sini

p/s~cepat2..due date 4april !!


Wednesday, March 30, 2011

akibat terlampau syok beblog !


malam tadi aku syok berblogwalking ! sibuk mengomen sana sini....

tiba2 je kat lutut aku ase macam kena sengat !! sakit giler !

aku terus bangun dari kerusi..! bila bangun je... 

kat celah kangkang plak aku kena sengat!! sakit giler !

aku syak tebuan punya kerja!cepat2 aku cabot seluar !

nasib baik semua dah tidur..ahhahah.. 

perhhh!! lipan sebesar jari telunjuk !beng**g !! sakit laa!!

aku cepat p amek tukul cap kambing !hancur berkecai aku bunuh !!padan muka !!

sakit sengat tu xyah cakap laa..dah la 2 tempat aku kena !dasar lipan JANTAN gatal !!

abes jalan mengengkang aku arini...



sory member2 blog..jap agi baru aku p terjah korang balik ^__^








kepada cikNURUL

amni xsempat nak buat entry pasal berat badan....^^

ni lah cikNURUL  yang mempunyai berat badan 26kg sama berat seguni gandum !!
pix yang dicuri dari belog cikNURUL

buat kaum adam..mai p ngorat cikNURUL kita ni..

heheheheh^^





p/s~ amni masuk tv di uS ! jom tengok ! <-klik sini
(jangan terpedaya dengan video ni)


Tuesday, March 29, 2011

bila dah tiada baru terasa T__T



mana semua adik beradik aku ni??? T__T

owhh !! diorang semua xda !

im alone !

yang tinggal  parent dan adik bongsu aku jeppp !!

cepat laa balik! 
cepat-cepat lahh ujung minggu !

aku xsabar nak 'bergaduh' dengan korang semua !! <----niat jahat




p/s ~sayangilah sibling anda...^^



bunuh diri???

harini semua menda malas nak buat..

blogwalking malas ! berfacebook pon malas !

errk ! tapi !

aku terpengaruh dengan adik aku !! main gaMe !

mende alah yang dah lama aku tinggal !

biasanye boys je yang layan mende ni tapi aku x terkecuali !

game tom and jerry !!


opppsss!! berbalik pada tajukk..tadi aku layan youtube gak..

pasal bunuh diri !

mai baca sat !! sat je !

Sepatah ayat dalam bab keempat Al-QuranAn-Nisaa berkata: 

"Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) Larangan terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya, "Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka."


aku xtahu lah perasaan orang dalam video ni..


terjun bangunan yang tinggi..
pastu kepala terpercik darah..
pastu bangunn.................
pastu jalan macam biasa macam xde apa2 berlaku..


cayalah mamat ni....^.^  ( nak sangat bunuh diri ) !!


jom layan video nii ( xlama pon >28 saat )




p/s~aku xtahulah kenapa 2 3 menjak ni banyak taip entry pasal agama...


hati lebih tenang >.<





Monday, March 28, 2011

tren bertudung zaman sekarang....






Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka seperti ekor lembu yang dengannya digunakan untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Sanggul di kepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian," (Riwayat Muslim)


Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis dia atas secara mutlaknya. Boleh saja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat dan menarik perhatian lelaki bukan muhrimnya.


tengok ni trend zaman sekarang. sebenarnya ni agenda kafir laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. adakah ini satu kebetulan? dahsyatnya agenda kristian untuk menjahanamkan umat Rasulullah SAW...

sumber dari 


fikir-fikirkanlaah dan selamat beramal...^^


p/s :::aku pon sanggul tinggi...adui,kena ubah tren bertudung ni!!

Sunday, March 27, 2011

kita semakin menghampiri kiamat..

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih MuslimSahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


tanda-tanda kecil kiamat


petanda2 ni aku tengok banyak dah yang berlaku kat dunia ni..


~Penaklukan Baitulmuqaddis
~Zina bermaharajalela
~Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
~Bermaharajalela alat muzik
~Menghias masjid dan membanggakannya
~Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
~Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
~Ramai orang soleh meninggal dunia
~Orang hina mendapat kedudukan terhormat
~Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
~Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
~Bulan sabit kelihatan besar
~Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
~Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
~Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
~Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
~Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
~Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
~Orang akan melakukan homoseksual.
~Akan terdapat ramai anak luar nikah.
~Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
~Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
~Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
~Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
~Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
~Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
~Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
~Banyaknya berlaku gempa bumi
~Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
~Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
~Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
~Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat


info dari wikipedia


entri aku kali ni hanya untuk memperingati orang sekeliling agar kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara,,,


bukankah manusia harus sentiasa diperingati !!






pssttttt..perbanyakkanlah ibadat anda..(^^,)Y



Saturday, March 26, 2011

aku REVIEW sambil SEDEKAH !



walawehh..second time aku join segmen...

aku malas nak mengarot banyak-banyak sebab aku ada kerja pasni..

semua syarat aku dah penuhi,,TAPI syarat ketiga ni aku paling suka

  beri Pandangan , Pendapat , Kutukan korang keatas aku dan blog aku.

hahahaha..ni aku suka ni...

oppss....!!
korang jangan fikir aku jahat k..cartoon diatas tidak ada kena mengena dengan aku..^^

Pandangan , Pendapat , Kutukan aku terhadap blog beliau

simple ,menarik,,

xsakit mata aku tengok sebab template lebih ke warna hitam puteh <--macam blog lama aku dulu

 dengan berbekalkan tenet aku yang lembab tahap siput sakit tua ni,,xde la aku tension bukak blog die sebab page load pon ringan..

entry pon best..xde la aku skip2 bila baca tadi..



okeh..tu aje..aku buat simple sebab mahu turun town..bye!


peace..(^--^)\/



mahu join klik sini selagi masih terbuka ------>hidup itu seni !
 



Friday, March 25, 2011

rindu nak belajar LK..^^


subjek kegilaan aku!!!suka gila!
sekarang aku rindu giler nak belaja balik..dulu bukan main lagi ,malas time cikgu buat kelas..

anyway..riiiiiinnnnndddduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!



cONtEsT.....{ cAbUtAN bERtUAH uNTuk SeMuA mEMBe2 pRiNCe..}

cartoon diatas rekaan semata2..tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupon yg sudah tiada!

aku join contest lagi..=)


berminat ?? syaratnya ?? 

 disini ------> pRiNce maLAySia 

syarat2 = 

1. done!  (tapi xde pix....huuhu)
2. done !..................................
3. done !..................................
4. done ! ( sudah lama follo )....
5. done !..................................
6. done !.......(otw)...................
7. tag 3orang............................

*syuhada  si budak comey

*miss shark  pujaan hatiku

*dan semua yang terbaca entry ni.. ANDA DITAG!!

done!

8. done................( otw )

 fuuuhhh!!banyak betol syaratnye..=P




psst...banyak lagi contest tertangguh..=)



Thursday, March 24, 2011

maafkan saya..saya tidak sempurna !!




aku minta maaf gila sebab xdapat nak online blog sehari dua ni...

( selesema + batuk )

ni pon sumbat tisu dalam lubang hidung !!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


hari ni amni nak minta maaf pada semua blogger yang penah kunjung blog amni jikalau blog amni ni ada kekurangan..(^_^)


tutttttt tuuutt!!!


1 messange receive







pssstttt...

alhamdulillah..lega dengan result SPM !!




Tuesday, March 22, 2011

lembik ! lembik !no idea nak taip apa..

















BATUK ! SELESEMA ! SAKIT PEROT ! PENING !

apsal ye aku hari ni???
time aku menaip ni pon badan rasa xberapa sehat.
tapi semangat bebelog tu ade! aku gagahkan gak tuk menaip entry !

buka FB teros mengumpat dengan miss shark... 
benda positive k..(^^)\/

tentang apa??
aku rasa ada diantara yang sedang membaca ni kot kitorang mengumpat..
heheheh..siapakah???

EHHEHEHEHEHEH..(^^)

kepada blogger yang tinggalkan jejak dia kat shoutbox

aku minta maaf sebab xdapat terjah korang balik..kalau aku terjah tu belog korang memang best laa..yang aku xterjah tu bukan bermaksud blog korang xbest..tapi aku xlarat nak terjah semua sekali..sebab xbape sehat......nanti aku terjah balik...okeh??


kepada blogger yang memollow & mengomen blog aku..

aku nak ucapkan jutaaan ratusan puluhan sahan TERIMA KASIH..!!!.tanpa korang !siapalah aku..

mood sedih +  sakit  (T_T)



MAAF ! DAH BEBERAPA HARI AKU X BW.. !


psttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt~~~mahu tidur!!

otak dah tintong !!



Monday, March 21, 2011

nak menangis...sob3(T_T)

ahaaiii..
tadi bosan gila..
so saja2 la nak check traffik
tengok2..traffik aku banyak disumbangkan dari belog mimy ....

amat2 terkezut.....

ce tengok ! ce tengok !







TUTORIAL AKU???ahahhahahahaha.... 

ce tengok ni lak


tutorial blog aku just yang basic je...uhhuhu..

pelik.. ! pelik...!

macamne aku tersenarai dalam list tutorial blog cik mimy ??

apa2 pon aku berterima kasih kat cik mimy sebab meningkatkan traffik blog aku.. !

thanx ya..!




pssttt !! otak jem !!!



Sunday, March 20, 2011

join bloglist Yuyu Zulaikha 3


first time aku join bloglist Yuyu Zulaikha,, (^^)\/

sebelum ni aku asyik melepas je nak join..
SEBAB APA?sebab bila aku nak join je cik Yuyu kata 'DAH TUTUP'....! (T_T)
blog die agak2 popular
~popular macam belog aku..<-----ni aku tipu

aku suka blog yuyu sebab ada banyak karton yang die lukis sendiri (cumey) =)
aku suka blog yuyu sebab simple,cerah, dan seo mesra...=)
 (macam pernah dengar ayat ni,,tapi dimana ya??)

aku suka Yuyu Zulaikha sebab dia comey...
dari dulu aku xpenah miss baca entry dia walopon kadang aku baca tapi tak mengomen..heheheheheh=)


eh3!!korang jangan fikir aku LESBO ok!!




psstt......aku pening!!malas taip entry sehari dua nii..





Saturday, March 19, 2011

thailand???best sangat ke?


sawadikappp....!!

harini aku pergi jalan-jalan kat mundok,thailand..
orang kelantan mesti ada yang pernah pergi 
kan? kan ?kan??


::in this pixcha::

~aku??aku kat tepi baju oren tu..saje cropkan..hee(^^)\/
~baju oren tu adik aku,thun6 (muka bangun tidur)series,dia memang xmandi lagi
~tengah tu kembar mak aku
~mak sedara aku ( pakai spek)

anak panah tu la tempat aku nak pergi~thailand



kat sana habes semua barang aku angkut bawak balik..



bila dah lapar..aku melantak je makanan kat sana..
rasa pelik sikit la kot makanan thai ni..


meehon sup *lada hitam*
+
 milo ais 
(xrasa milo pon,aku tengok air die macam soya,,xpekat langsung)

antara barang yang dibeli (barang disana semuanya murah2)

rm15( bukan baju aku )
::
::
\/


rm 11
::
::
\/


bila sampai rumah aku teros zZzzzZZzzzzzzz (keletihan...)




pssstt..tenet lembab....chowz!!



Thursday, March 17, 2011

lepas jugak nak update entry hari ini...


kata-kata yang aku ambik dari blog kay_are....=D

seriusly,aku dah lama tak beblogwalking...

why??why??why??

ceciter ceciter...

okeh..let story.. (^^)\/

sejak kebelakangan ni..blog aku jadi lembab tahap siput sakit tenat...aku tak tahu nape..orang lain semua masalah facebook..
aku??
facebook + blog  ! mental..mental ..!!

oleh disebabkan kebosanan teramat sangat..aku mula terjerumus dengan
  SKYPE dan YAHOO MESSENGER
menda alah yang dah lama aku tinggal sejak berbelog nii....



sekali ber YM ..HUH..!!

orang ajak aku berwebcam ,aku ok je...tapi minta share pix memang aku tak kasi..!

ni aku nak cerita seorang minah yang minat pada kaum sejenis (lesbian)..aku story ni bukan nak memalukan dia tapi niat untuk sharing aje,..

aku baru je kenal dengan dia melalui YM...disebabkan dia perempuan,,aku pelik dengan dia sebab beria-ria nak chatting dengan aku...aku ok je la (otak dah pk laen dah)...mula2,ok je chat dengan dia..siap berwebcam lagi tu..(lawak betoi)..pastu dia cakap kat aku yang dia ni seorang les..gulp..aku rilex je..bila dia start puji aku macam2 kata kat aku...

 contoh:adik ni kiut.geram akak tgok!.. (die tua 2 tahun dari aku)

aku mula laahh xsedap badan..aku chowz..takut lahh..

sebelum tu dia sempat suruh aku save pix die..
nak tengok??sory la aku terpaksa bLurkan..


bagi aku dia cantik tapi sayang dia jadi macamni sebab faktor family..semuanya dia dah cerita pada aku..aku berharap dia akan berubah kembali menjadi seorang yang normal kembali....

maafla..cerita yang bosan..(dapat rasa gak) kih3..

pssst................. (^^)\/ peace !! mahu kembali berblogwalking....



Tuesday, March 15, 2011

mintak tolong korang pilihkan header..

'''header header ohh header..... ( keluhan meminta simpati )'''

berabad aku takde header..
hari tu aku ada pergi terjah 1 belog ni then puji header dia
 ( aku ni suka memuji header blog orang ) ....
puji ikhlas okeh!

mugkin laa kot die simpati kat aku..dia offer nak buat header...
aku apa lagiii...yess je laa..free of cas..takde bayaran
wuuuu..(T-T)terharu....ade gak orang sudi buat header tanpa cas..

ramai kot kenal dia..sebab tengok belog die pon sekali buat entry sampai beratus orang mengomen..
::
::
::

ni lah mamat yang aku story mory tadi tu...
(banner yang aku curi ambik dari belognye) hehehehhe..=P




Photobucket

dan sekarang aku nak minta tolong korang pilihkan aku header...

dia buat 2 header kat aku..aku kompius nak guna yang mana,,,

korang boleh pilihkan tak???



or    






kepada yang membantu aku....

thanx a lot aku ucapakn.....( terharu...) :'(

kepada  raji  (pembuat header aku ) aku berterima kasih okeh!=D

jom terjah belog raji... klik sini-------->  Raji


psstt... aku nak sambung berblogwalking...

(^^)\/ peace





Monday, March 14, 2011

terjawab ::kenapa internet slow dua tiga menjak ni...

tadi aku terjumpa 1 blog ni..die taip entri kenapa internet slow + lembab tahap siput!


klik sini belog beliau --> kanta mata kelabu 
EDITOR
tuan punye blog:kanta mata kelabu


hensem..mai ngorat bekenalan ramai2..
(^^)\/peace

:::aku copy paste dari blog beliau:::
tadik kebetulan aku dalam kelas sistem komunikasi petang tadik..
dah nama pon sistem komunikasi kompom la ader isu2 perbahasan dan perdebatan dalam kelas soal lembap2 nie la or connection ni bagai semua..
ghupernyerr ader kena mengena ngan tsunami kat jepun lorhh
kan tsunami terjati apabila lapisan bumi bergerak .. korang luper ker peraioran or dalam dasar laut la senang citer ader cable perhubungan telekomunikasi ..
so bila adanyer gegaran yang menebabkan tsunami terjadi...
of course la ader bagi sedikit kesan kat cable kat dasar laut tuh.. so that why la connection kiter agak slow..
so tak yah la check computer or lappy korang beratus kali.. tak der kena mengena pon computer and lappy korang tuh..
ok.. tu yang lecturer haku bagi tau la dalam kelas tadik...


nie la gambaran cable bawah laut.. so kalau lapisan bumi bergerak or bergegar,.,, kompom2 la effect kat cable kat dasar laut kiter kann??
patotla aku punya tenet lembab gila...aku ingatkan lappy aku berat..

ahh!!jem2..tak buley nak blogwalking..maaf yee tak dapat nak balas jejak korang..=)



psstttt...sok aku balik kelate..mahu pergi monok,thailand...shopping2...

papaii =)


"Our Memory Photo Contest"

 

walawehhhh..dah lama aku tak join CONTEST mahupun GA.....

aku mintak maaf pada sesiapa yang tag aku sebelum ni tapi aku xjoin..bukan apa..aku malas lohh nak join...tapi kali ni pintu HATI aku dah terbuka..pasni jangan ramai pulak tag aku pas aku kata pintu hati aku terbuka..aku sekeh2 kang..kih3...


kali ni aku ditag oleh  Dekcik

kalau berminat klik sini ------>ain

pixcha yang aku nak pertaruhkan 
::
::
::

aku pilih pix ni sebab aku suka baju pink tu sesuai la dengan belog aku ni...

pix ni diambil time aku form5 ontheway ke UTHM

aku kena tag 4 orang..hadiah berupa anak patung,,
tapi aku kesah apa kalau aku tag blogger lelaki...<--lau korang menang,kaci awek la bear tu,okeh!set!

so calon2 tag   (padan muka korang ditag!)  (^^)\/ peace


Sunday, March 13, 2011

mahu join cinonex crew...!

cinonexcoreyan

first of all aku nak minta maaf dekat cinonex sebab lambat join...sebenarnya dah taip dah entry pasal ni,tapi lupa nak publish...harap aku masih diterima lagi..ceh,macam ayat meminta simpati..=P

dah join ni..aku kena komen sikit belog si cinonex ni..die kata nak puji or kutuk dia xkisah...aku apa lagi...hahahahah....(niat jaat mai daaa....)

::komen aku tentang blog cinonex::

~bagi aku blog cinonex ni simple dan menarik...menarik dari segi penulisannya..tapi aku tak tahulah kalau-kalau dia main copy paste je <---ayat jaat...tapi aku tahu..penulisan dia hasil karya beliau sendiri..wa tabik sama lu..!!heheh

~hari ni kali ke4 aku pergi terjah belog cinonex..tapi setiap kali aku pergi terjah,aku kena sediakan sportlight..gelap doe...template hitam gitu..i like!!i like...ehehhehe,,boleh tido lagi situ...(cinonex,,guraw jepp,,gurau2 manja,buley an3??)

~last sekali komen aku..aku suka belog dia sebab page loading die xlembab..ringan je...so,tenet aku yang slow tahap kura-kura bunting ni memudahkan aku terjah blog cinonex ni..memang mudah laa...takde pon widget monkey2 bergayut dalam belog cinonex ni..ah!senang cerita aku suka blog dia...

mahu join klik sini sebelum due date..-------> cinonex yang cumey

CINONEXX,,CINONEX,,,,u ni boy ke girl???<----ayat menggatal..

okeh!!kerja siap....salam..



Saturday, March 12, 2011

blogSpot vs blogPot !!!



korang pernah buka tak page atas ni???

"mega site of bible studies"


apa kebenda ni??? ( ce citer ce citer )


orang kafir ni ada je cara nak menghancurkan umat Islam ! mental jap!!

tadi aku buka 1 blog ni...

aku taip laa blablabla.blogpot.com 


oic,tercicir pulak huruf  'S'


tapi yang keluarnya blog:"mega site of bible studies"


wei..aku tak berminat langsung la blog ni!!arrghh!


korang boleh test guna link blog korang without 'S' ok !

aku dah tahu lama dah hal ni..mungkin ada yang dah tahu..tapi aku nak memperingatkan orang ramai agar lebih berhati2 ketika menaip or apa2 je laah...

pix rembat kat goggle

ingat!!!!pelbagai cara orang kafir mahu menghancurkan Islam !

pssstttt...aku nak pergi mandi..chow!

Friday, March 11, 2011

amaran bencana alam !!!


sumber kosmo ( 9mac2011)

NEW YORKAmerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.

Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.

Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.

::goggle turut membantu::

klik pixcha tuk tumbesaran

subhanAllah...tsunami melanda JEPUN hari ini (JUMAAT)




kejadian 9mac2011







kita sebagai umat Islam,marilah mendekatkan diri dengan Allah..
semoga dijauhkan segala bencana yang tidak diingini...
aminn.






psssttt..aku nak kurangkan berblogging..