Yang disayangi

Thursday, May 19, 2011

[ UITM Machang ! aku datang ] ~ last post for this week/month

uitm machang !

gambar dicuri dari blog ni \(^^)/

assalamualaikum.... 
semenjak  3menjak ni..aku malas nak berinternet !!!
serius...! mood nak berinternet tak macam dulu..aku online sekejap je nii..

esok pagi aku akan bertolak ke KOTA BHARU DIKUBANG KERIAN (RUMAH TOK AKU)
doakan aku selamat pergi dan sampai...hehehe...(^^,)
dan hari ahad ni aku daftar UITM MACHANG ..

minggu pertama di uitm ni,,parent aku kata laptop tinggal la dulu kat rumah !
(╥_╥) (╥_╥) (╥_╥)  <==sedih !

tak apalah..
blog aku berhenti seketika,kalau sempat pon just blogwalking je...
harap korang tak lupa aku <==ayat macam nak pergi jauh sangat [oversea]..haha


 p/s ~nak sambung kemas baju <==seorang yang suka buat kerja last minit

Monday, May 16, 2011

ciss !! aku benci benda ni,,kan dah kantoi..haha


eheeeemmmm !! please datangkan kembali mood aku untuk bebelog !


blog korang ada menda macam kat atas tu tak ??
 kalau ada sila buang ~jeles blog aku tak lepas nak letak ! 
(blog aku akan jadi berat)

sebenarnya aku tak berapa suka 'menda' macam kat atas tu (widget) !
sebab aku akan kantoi menjadi stalker blog korang terutamanya dia ni...ciss !!

kalau korang terperasan blog aku asyik ke blog korang setiap detik dan waktu tu..
tu bermakna aku suka la blog korang...(^^,)
aku suka entry korang ! walaupun aku tak mengomen,,

heeeee! rahsia besar sudah dibongkarkan !





p/s~ ehhheeemmmm...aku ada stalker ke tak ye??hehe ( nak perasan jap )



Saturday, May 14, 2011

benci gila orang yang sombong macam kau !

Lama gila aku tak taip entri..aku bukanlah buzy sangat pon..
just otak tiba-tiba jem ! grrr !

opss!!
 gambar dibawah ni tak ada kena mengena dengan tajuk entry kali ni..
ingat lagi tak tentang entry ni dimana aku konfius nak pilih mana

komen dari fyzal,sila lah jenguk blog beliau --klik sini
komen diatas ni aku rasa memang terbaiklaa..
aku berterima kasih jugak kepada semua yang sudi berkongsi pandangan

~so keputusan aku memang ke UITM MACHANG

===========================================

so, berbalik kepada tajuk,
hari ni aku pergi medical checkup dekat hospital
pagi-pagi lagi aku dah bangun 
konon-kononnya nak pegi awal,risau orang ramai plak kan..
bila pergi hospital..nurse tu kata dah penuh =_="
so terpaksalah aku pergi medical checkup dekat klinik swasta..

bila aku sampai tu..memang tak ada orang !
 perrh!ni yang buat aku happy go lucky ni..

 aku terus pegi dekat kaunter klinik..


AKU : akak dekat sini medical checkup berapa ya??
AKAK : RM 75................................ (NADA SOMBONG) !!
AKU : ok la akak..saya nak check dekat sini je............
AKAK : bak sini borang  tuuu......................................... !
AKU : WHAT THE FACE !!SOMBONG GILER MINAH NI (DALAM HATI)


Minah ni kerja bahagian kaunter je..apsal tak mesra alam langsung!!
sakit hati betol..kalau 'BELIAU' tu doktor aku boleh terima lagi..
setakat kerja bahagian kaunter..aku pon boleh.!!
patotlaa klinik tu tak ramai orang..!!

boleh bankrap klinik tu dengan pekerja seperti 'BELIAU' !!




berpeluh-peluh ketiak menungguu..

hai..
sejak 2 menjak ni bermasalah je blogspot dot com nii..
nasib baiklah entry je yang hilang,,
kalau blog aku hilang?? 
~menangis tak berlagu lah aku..hehe

so,,bila blog dah ok..
mood nak menaip entry tu memang DOWN lahh..
blogwalking lagi best.......................

harini aku layan blog KARI NGERI
alaaa..mesti korang pernah terjah kan??
aku setiap kali online mesti jenguk blog tuu


aku berjiwa kental (hahahah..)
sebab aku suka benda2 ekstremm..
ada sesetengah wanita memang tak tahan benda2 macam nii...

1 lagi blog yang boleh dikatakan ekstrem blog ni <------


p/s~lama tak jenguk blog ni ( on the way untuk jenguk semua blog )  


Saturday, May 7, 2011

aku buntu..tolong aku sekejap !


ramai tanya aku pasal entry ni ...

antara soalan yang ditanya :

 dapat UITM MANA ??
dapat KOS APA ??


jawapan aku :

 dapat UITM MACHANG......
dapat KOS PENGURUSAN MAKLUMAT

sekarang aku kompius....!!
kos pengurusan maklumat ok ke?? (tolong jawab boleh??)
mak aku lebihkan aku masuk matrik..
ayah aku lebihkan aku masuk uitm je..

sebenarnya aku agak terkilan sebab kos yang aku nak sangat tak dapat..(╥_╥) (╥_╥)
tak mengapalahh..takde rezeki...
dengan berbekalkan result spm aku hanya 5a...
aku rasa aku lebih sesuai belaja slow2 dengan ambik diploma..

mak aku tak kisah kalau aku taknak ke matrik..tapi,serba salah pulak..

sekarang aku kompius giler ni!!
daftar uitm 22hb 5 ni (2minggu lagi)






mood : pening + bosan + buntu + mengantuk

(nanti aku pergi blog korang)



Friday, May 6, 2011

hari ni result UPU..alhamdulillah...


beberapa hari sebelum keputusan diumumkan...
aku mimpi aku tak layak ke mana-mana....sedih-sedih-sedih...(╥_╥) (╥_╥)
nasib baik mainan mimpi jee....so,jangan percaya pada mimipi yeee 
(ade sesetengah orang percaya pada mimpii)   ahhaha...

harini aku check UPU...alhamdulillah...


matrik?? mungkin aku takkan masukk...
belaja slow-slow laahh (tren aku )

asasi ?? aku tak mintak pun..
takut2 diri tak layak...haha

form 6 ?? lagi aku malas...
kena pakai tudung tren tudung saji...

habis sudah zaman sekolah....
tak sabar-sabar nak belaja semula (^^,)Y


kenangan semasa hari penyerahan kuasa pengawas...



BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

image

tak tahu nak update ape...join je la.^^

klik sini..


pink itu menjelekkan ke?? =_="


semenjak habis sekolah ni...semakin menjadi-jadi minat aku dengan warna pink ni....

persoalan aku... !!!

kenapa lelaki bila digandingkan dengan sesuatu yang berwarna pink,, 
ada sesetengah orang akan meluat??? 


bukan ke pink itu sweet??


::: bila korang masuk blog aku rasa meluat gak ke?



tengok kumpulan jambu ni..sweet kan??kan??




aku memang finatik dengan warna pinkk....
sampai  koleksi barang2 aku pun kebanyakkan berwarna pink.. (^^)Y


perbualan aku dengan ayah aku..


aku : abah...tak lama lagi nak sambung study dahh...tak nak beli laptop ke tuk ekin..??
ayah : nanti beli lahhh.. ( nada letih ) <---baru balik kerja
aku : beli laptop warna pink yee... (^^,)Y
ayah : =_=" tak habis-habis dengan warna pink..
aku : ehhehe...   


 antara koleksi barang  berwarna pink....









Thursday, May 5, 2011

bloglist hilang lagi...!!sila muntah beramai-ramai...

sekarang jam 3.15 pagi,so aku taip ringkas je laahhh...
korang perasan tak??perasan ke tak apa2 yang berlaku dekat blog ni....??
tak perasan pon tak kisah laa...kalau perasan,,korang memang bagus...

sebenarnye..aku ubah template blog lagi..(^^,)Y
sebab template lama banyak datang masalah kat aku...
mamat ni kata  blog aku mendatangkan malware..
sorry sikit!!!..blog aku suci yee..heheheh

pening tak aku asyik ubah-ubah ni??
lepasni aku harap sangat template ni kekal je...

entry kali ni ni... 
aku nak cakap dua perkara je

pertama ! bloglist aku hilang !

kedua ! aku mengantuk ! nak tido..!!



tu je..goodnight ..^^



p/s~aku tak bw pon..esok aku sambung..sory ye...


* bloglist sedang diupdate...

Wednesday, May 4, 2011

aku bosan dengan situasi lelaki otak kuning dan menyerabutkan..!!

sebenarnya,aku tak tahu nak taip apa.. fikir punya fikir...taip je la entry ni....



====================================

mamat ni memang aku kenal sangat lah..kalau aku sebut nama dia dekat member2 aku mesti diorang kenal,sebab hensem kot.. mestilah popular kann..tapi dia ni memang berani sungguh sebut perkataan lucah dekat aku..giler apa..aku ingat dia ni baik sangat...!!orang lain asyik duk sebut2 nama dia..grrr!!dah r kenal sama kenal..rumah pon xdelah jauh mana..xmalu ke dengan aku??.sampai sekarang aku xlayan im fb or coll dia...

menakutkan + mengerikan...




banyak lagi lelaki yang serabut dekat facebook tu..just malas taip je dekat sini..xpasal2 aku kena sumpah seranah plak..

====================================

~aku suka berkawan dengan lelaki yang sempoi !bukan macam kat atas tu...

~kalau lelaki jenis suka mem'BIRU'..aku bukan orangnya yang akan melayan....

dan aku suka berkawan dengan beberapa member blogger lelaki terutama
yang ni... dia ni... mungkin ni.. itu ni.. mybe ni dan hok ni....


ramai lagi...tapi xkan r aku nak bagi semua..heheh......




p/s~maaf kalau aku tersilap kata....

Monday, May 2, 2011

contest semua tentang 4..

harini baru boleh update entry..kalau tak.hmmm...! HAMPAGAS! 
tadi tersinggah blog ni,tengok dia join 1 contest...
rasa menarik jee nak joinn
almaklumlaa otak tengah blurr nak taip ape..hehe

kalau rasa berminat..meh klik sini <---



4 perkara describe diri aku ?
~seorang yang kuat perasan..ahhah
~suka melihat sesuatu yang baru
~xsuka melihat barang bersepah
~errmm.. sensitive !

4 nama manja aku ?
~amni or ameni ( member2 )
~akak ( sibling )
~ekin or syikin ( family,sedara-mara )
~amsha ( time sekolah dulu [gabungan nama..heee] ) 

4 perkara baik yang kamu buat harini
~bangun awal ( biasa bangun lewat ) hee
~harini aku memasak..mak aku rilek..wink2 (^^,)Y
~berangan nak kahwin ( perkara baik ke? )
~tidur petang..ahha

4 tempat yang aku nak pergi sangat?
~planet pluto 
~dasar laut antlantik
~ke matahari
~makkah (yang ni memang betol2 serius..)

4 perkara wajib bawa keluar rumah
~hanset ( 4in 1 ) contact orang +kemera + lagu + on9(cari wireless merata2)
~ bedak compact miyami
~beg tangan
~tisu

4 perkara terakhir aku buat sebelum join contest ini
~golek2 atas katil
~berangan
~gayut setengah jam
~tidur 5minit

4 orang yang aku paling sayang di dunia ini
~rasulullah
~keluarga
~member2 + pakwe
~awaklah!

4 jenis ragam manusia yang aku jumpa hari ini
harini aku xkeluar rumah pon..so ni semua ragam sibling aku
~selok+ beria (adik bongsu)
~gedik (adik perempuan aku )
~merajuk ( ? )
~tahan sakit ( abangmi ) <--baru balik dr hospital

4 misi yang aku perlu capai dalam tahun ini
~nak tidur 24jam
~kahwin
~tengok tv tanpa tidur
~delete blog
(semua mengarut)

4 habit buruk aku?
~semenjak habis sekolah,aku jadi kuat tido
~suka online internet berjam2..
~suka berangan
~suka mandi lama2..

4 perkara aku fobia
~time aku tahun5..lintah sebesar ibu jari nyaris2 masuk dalam @#@$
~kena tahan polis trafik 3kali (bawak motor tanpa lesen + xpakai topi kledar)
~eksiden (aku bawak motor termasuk parit)
~telinga kanan masuk manik (time kecik)

4 sebab join contest ni
~menarik
~blurr nak taip entry ape...
~nak memeriahkan lagi contest ni
~suka-suka (nak cari member baru)


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


aku nak tag kay_ are dan sesiapa berminat..(^^,)Y




p/s~sejam aku menjawab soalan ni..=_="

huhuuh...seronok..!