Yang disayangi

Saturday, June 25, 2011

merehatkan jiwa raga mental fizikal hati limpa jantung dan segalanya !


Bangun je pagi , mood mandi memang xde ! roomate aku dari awal dah siap2..aku boleh bergolek atas katil lagi...=_="
ops ! lupa..pagi ni kawan baik aku ( baju hijau ) ajak pergi mandi air terjun,so aku ajak roomate aku sekali...

UITM MAChaNG ----->JeRAm LiNaNG (15 minit)


sampai je, terus mandi !

siap mandi !
 terus je salin baju..time tu wat aku rasa mood bengang aku datang 
(sikap aku yang suka buat kerja last minit...)
sebab ade 'pakaian' aku lupa nak bawak...terpaksa la recycle balik 'pakaian' yang basah tu..habis diperah-perah..haha... "takpelah lembab sikit pon,asalkan ade.!"

:::::::

NAK KE KB MALL !! perjalanan ambil masa 30minit kalau xsilap aku dari AIR TERJUN JERAM LINANG tu..semata-mata nak makan KFC kat KBMALL...kalau ikutkan dekat bandar Machang pon ada..entah kenapa perangai keselokkan aku ni nak sangat ke KBMALL,padahal dah banyak kali dah pergi.. =_="

:::::::

Wawa dan Jeny.. melantak ayam !


:::::::::

yang baju hitam tu,AKU ! 
( pelik! kenapa ramai member xcam rupa aku??perubahan fizikal ke?or sebab spek?? )
perasan gak aku semakin bertambah berisi,,,"hohoho".. (^^,)Y

yang baju hijau tu ,KAWAN BAIK aku.. (student uitm dungun)


habis je makan, bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla <---mood menaip dah takda

aku stop cerita dekat sini,,mengantuk..zZzZzzZZzZ   


KEYBOARD QWERTY >> mood ~ happy + segan + rimas + sedih  + letih = ENJOY  ?


p/s~ blogwalking !

Saturday, June 11, 2011

susahnya nak blogwalking..


hari ni aku tak tahu nak buat apa..so ambik keputusan nak update..memang agak lamalah aku tak update..bukan kata takde masa,tapi broadben slow sangat sampai susah aku nak blogwalking !

sebelum ni aku asyik bergantung dekat stremmix jee..tapi bila aku belaja jauh2 ni..kena berharap pada broadben je laa...

aku susah nak blogwalking ke blog2 yang berat..
BLOG AKU BERAT RUPANYA!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku tak tahu nak update apa..
fikir punya fikir..aku nak kenalkan roomate aku laahh...


APA YANG BEST TENTANG BUDAK BILIK AKU
semuanya asal pahang...
so,bila cuti sem ni balik guna 1 bas je lahh..
senang kan??kan??


semuanya sama umur~ 18tahun
so ,memang memudahkan kerja aku..
sebab ada bilik yang xsama umur


semuanya sama kos..
kos information management
so,,senang nak study sama2..



Ain Shahira  (wawa)


pekan pahang


Raznie Hafiza (jenny)
kuantan pahang


Nur Asmaa (asma)
bentong,pahang


habis cerita pasal roomate..
minggu ni start blogwalking balik seperti biasa...
terima kasih sudi kunjung blog aku..


p/s~maaf ye kalau aku terlewat blogwalking blog korang..(^^,)Y


Friday, June 3, 2011

kehidupan baru di uitm machang !

seminggu sudah aku MDS dan seminggu sudah aku menjalani kehidupan sebagai student uitm machang..pejam celik pejam celik..dah nak masuk minggu ketiga aku kat UITM MACHANG..

BLOG AKU DAH START~
labah-labah  buat sarang...
cicak mula bertelur..
dinding penuh dengan abuk..
orang mula tidak berkunjung...
entry dah basi dek usia...

kini aku aktif semula berbelog !
banyak cerita aku nak taip dekat sini..tapi aku xtahu nak ceritakan macamna..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
entry kali ni banyak gambar..so layan je lahh ..

gambar yang bawah ni nama dia AMNI ASYIKIN ! suka mengeluh time MDS sebab xcukup tidur ! pukul 4.30pagi dah bangun...mata dah tingtong ! grrr..~~


time hari MDS..jangan haraplah nak melawa...
nak pakai tudung belit2 kepala pon memang xkan sempat...kalau sempat pon,jangan la pakai,,tak pasal2 kena tegur dengan abang or akak PM (peer mentor).. time aku MDS haritu... antara 2 jenis tudung je dibenarkan... hitam and putih jenis bawal yee..heee (^^,)
gambar bawah ni..kitorang dibawa berjalan2 sekitar uitm machang time riadah... nak kata letih tu jangan cakap laa...memang sesiapa nak kurus,,masuk je uitm machang..
sebab apa aku kata macam tu??sebab bangunan uitm machang memang dalam kawasan bukit.. habis lemak-lemak tercicir time berjalan tu...hehe

gambar bawah ni aku tak tahu nak komen apa2.yang pasti time ni aku duduk kat tingkat atas..kat bawah dah penuh..yang bestnya tingkat atas ni,boleh curi-curi tido...nak-nak dewan ni berEKON.tidur plak xcukup..memang buat tahi mata la sesiapa yang duduk tingkat atas dewan nii.

 gambar yang bawah ni plak..aku malas nak cerita pasal orang-orang tu..tapi aku nak cerita pasal bangunan yang berada dekat belakang2 tu....semua tu bangunan kolej siswa/siswi...errm,,kalau xsilap aku lahh...kolej siswa just ade 2 je dan siswi 3 bijik kolej...cukup la tu kan?


seminggu aku stay kolej TUN HUSSIEN ONN..habis je MDS...mengikut kos aku.. aku kena pindah semua barang ke kolej TUN DATO MAHATHIR...naik bas la angkut barang tu,,,jauh antara kolej tu,xpayah nak cakaplaa...memang tersangat jauhlaa..boleh pengsan kalau berjalan sambil angkut barang..kolej aku dekat dengan padang gambar atas ni...haa!! jauh x??

gambar bawah ni..kolej aku ! baru je dibuka tahun 2010 kalau xsilap aku lahh..so baru dibuka..barang semuanya baru laahh..gambar bawah ni,tunjuk bahagian belakang bangunan jee..kalau depan bangunan , memang cantik laa....


gambar bawah ni kolej DO iaitu kolej siswi...
dan aku yang duk ambik gambar ni pon dari kolej siswi iaitu THO

  ni library...luar nampak kecik..dalam besar taw !


tangga ni dikenali dengan tangga batu cave...
kalau naik tu,,memang semput laa...memang bagus untuk kesihatan..!(^^,)Y

ni van pengangkutan yang lebih dikenali sebagai tenggiling..aku pon xtahu sebab ape diberi gelaran macamtu...sekali naik nak pergi kelas/kuliah cas rm0.50..kalau nak pergi bandar machang rm1.50.. dan kalau nak pergi ke bandar KB rm 7...so,,kalau nak berjimat untuk ke kelas tu...jalan kaki je laah..tapi kalau nak jalan kaki tu...konfem mandi peluh laa..takpe2..bilik kan ada ekon !


letih aku membebel kat atas tu...sampai disini je lahhh aku membebel.....

nak tahu lagi tentang UITM MACHANG...
boleh rujuk ~> SINI

sini lagi boleh