Yang disayangi

Thursday, September 8, 2011

adakah ini dinamakan kejutan budaya ??

dah lama menda ni terbuku kat hati...tak salah kalau aku nak share kan......mungkin entry kali ni agak panjang dan membosankan..tapi takpe laah...siapa sudi baca teruskan membaca..:) aku amat menghargai korang semua...entri kali ni mungkin lebih kepada luahan hati...

semasa aku menaip entri ni..serius aku rasa nak menjerit je....takde siapa yang tahu hati orang kan...entah kenapa semakin hari aku duduk di sini semakin aku tertekan.....bila aku bangun je dari tidur setiap pagi..aku jadi terus tak bersemangat....

aku sekolah asrama dari tahun 5 hingga form5.. ( 7tahun )
tak terdedah dengan menda- mende alah ~ hp, laptop

semasa sekolah DULU !
a ) handset dilarang bawa ( so msg2 no way ! )
b ) laptop takde ( so kalau nak online kena pergi makmal komputer je , tu pon online curik -curik )
c ) ada seorang member yang suka tegur aku direct je ( serius ! aku suka bila aku ditegur orang )
d ) aku paling pantang orang tak solat ! aku akan tegur direct je terutama junior
e ) geng aku ada 7orang ! antaranya rajin study ( so aku jenis mengikut )
f ) selalu datang kelas awal ( buat revision dulu sebelum ada kelas tambahan )
g ) selalu bangun awal time hujung minggu ( aku pengawas ,banyak kerja kena setel )
h ) rapat dengan cikgu ( suka bertanya kalau tak paham )

semasa di uitm SEKARANG !
a ) handset sentiasa ada dalam poket ( bila - bila masa kalau bosan aku nak bermsg je ) =="
b ) laptop ada ( 24 jam nak online ) xpon tengok cerita .....banyak kerja terbengkalai !
c ) dekat sini takde member nak tegur kalau aku buat salah sikit...errmm !
d ) solat sini macam takde siapa nak tegur..solat bagi ??? macam kerja sambilan..mula2 aku full je solat..makin lama makin rompong ! aku terikut...
e) geng aku disini bercintan cintun, aku terikut ==" ( to : my dearest geng ~maaf kalau anda terbaca )
f ) selalu datang lambat ke kelas terutama kelas pagi sebab bangun lewat ...
g ) assignment banyak terbengkalai ( buat kerja last minit )
h ) tak rapat dengan lecturer ( ermmm ! )

mungkin banyak lagi..ermm....

aku bukan nak buka aib sendiri or sesiapa..aku tak tag nama sesiapa pun kan.....
.tapi aku memerlukan nasihat seseorang.......aku sedih kalau mak ayah aku tahu...serius sedih..

setiap masa aku nak berubah jadi seperti AMNI DAHULU ....bukan AMNI SEKARANG !
tapi siapalah aku.....tak berdaya mengubah diri bersendirian tanpa nasihat- nasihat...keadaan sekeliling aku tak dapat beri bantuan pada aku...

saya sangat - sangat  kecewa  ! (╯︵╰,)