Yang disayangi

Sunday, February 7, 2016

Praktikal Di Twin Tower Petronas Kuala Lumpur

..................................................................................................................................




CERITA SEBELUM INTERNSHIP 

Teringat bila Ainasuha Akhree hari hari suruh cuba apply PETRONAS tapi I just ignore her. Niat hati nak intern dekat pahang, dekat dengan rumah, jimat kos jimat tu jimat ni. Tapi bila rezeki dah dekat PETRONAS, maka dekat situ jugakla jawabnya. Terdetik hati nak apply PETRONAS bila sorang stranger ni komen dekat status, "why not apply je PETRONAS, mana tahu rezeki u memang dekat situ". Ayat yang sama macam ainasuha cakap. Tapi terkesan. Last minit apply gak PETRONAS, terdetik dekat hati rasa susah nak dapat. Tak sampai 2 minggu dapat confirmation intern dekat PETRONAS lepas ada lah sikit dorang view contoh2 projet relate tu my kos. Rezeki disitu alhamdulillah. Thanks to my senior,Faiz Farhan yang banyak membantu dari awal sampai akhir hihi. Hai aina, tak sangka sebilik, serumah



tongue emoticon

I love workout


ini cerita , orang muda 

Thursday, January 21, 2016

Pengalaman Mengajar aku Kehidupan

Assalamualaikum.

Hye blogger. Hampir 4 tahun tak menaip. Kalau dulu hari hari duk update blog. Tapi sejak sambung belajar jadi malas nak update , bukan apa kat rumah boleh lah ade wifi. Dekat U harapkan kuota limited je . nak pergi cari wifi memang pemalas tahap tenggiling lah kat UITM kan.

Entry kali ni nak cerita sedikit pengalaman aku turunkan berat. Last entri sebelum ni tahun 2012. Kau tahu tak time tu masa tu aku OBESITI ? kahkah. Berat aku 80kg

Guysss, guessss which is AMNI ?
aku yang tengah berbaju merah okay. macam makcik 



Masa aku gemuk dulu, aku anti bergambar. Kalau bergambar, konfem ade disebalik keramaian orang macam gambar kat atas ni haaaaaaaaaaaaaaaaa . 



Ni time birthday aku masa tahun 2013. 
3 March 2013. Dulu orang suka panggil lengan aku ayam. Entahlah kenapa maybe sebab lengan macam kayu balak, 

Ni depan Uitm Machang Kelantan

Aku start kurus sebenarnya lepas kecewa tahap gila b*. kahkah. Kecewa cinta lah. Siapa lah nak dekat aku, Aku je terkejar kejar nak dekat lelaki. Suka dekat lelaki tu cakap direct je 'Aku suka kaulah'. Nampak macam despreted je kan. Bukan terdesak cuma terasa nak disayangi almaklumlah kekawan semua ada kesayangan. dan aku ? krik krik krik.

Disebabkan perangai aku yang suka mencari lelaki ni lah, lelaki tu sebenarya bukan betul betul ikhlas dengan aku. Jujur aku cakap. Bukan ikhlas dengan aku. 'Kapel' sebab bersebab. Yesss, if u know me, aku suka membantu, tapi bila dia dah rasa bagusbagus adalah main belakangbelakang last last kantoi.

YESS ! kantoi....... Lepastu cari balik aku. Last cari aku lepas aku balik dari trip Vietnam. Sanggup hantar aku dari KLIA ke rumah (Pekan Pahang) semata mata nak ambil hati aku balik. YESS aku bagi change. Bagi change laaaah sebab siapa je nak ke aku. Dah lah gemuk, muka pun berpanau. kahkah . Nak menangis kalau ingat diri sendiri masa tu. Masuk sem akhir Diploma. dia still dengan aku siap datang deting lagi masa tu dan sempat main bowling semua. Tapi hampir 3 bulan tak jumpa sebab dia pon belajar jauh sampai lah kantoi sekali lagi. Its hurt okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Kapel putus kapel putus kapel putus. Kau rasa ape? Nampak kan memain. Aku putuskan and its over forever.

Lepas pada tu aku demam. Seminggu demam, Selera makan terputus sampai gastrik (first time dalam seumur hidup aku gastrik kot hahahahahah) Hampir 3 minggu lah aku kecelaruan hidup. And guess what? aku lost weight dengan sendiri tanpa dipinta dalam 6kg HAHAHAHAH.

Dan bermulaaaaaalah Cheritaaaa Tranformasi aku. okey next entry nanti aku cerita semua :*